hhhh

hhhh

Monday, 9 March 2015

ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA

Sinopsis
Negara Malaysia memberikan penekanan berat terhadap pendidikan kerana pendidikan memainkan peranan penting salam mencapai visi negara memperoleh status sebagai sebuah negara yang membangun dari segi pembangunan ekonomi, sosial dan kerohanian, moral dan etika ke arah membentuk satu masyarakat yang bersatu padu, demokrasi, liberal dan dinamik.
     Justeru, salah satu cabaran utama yang dihadapi negara kita adalah meningkatkan kualiti pendidikan supaya matlamat dan visi dapat dicapai. Walau bagaimanapun untuk mencapai matlamat dan visi sudah pasti menemukan banyak isu dan cabaran  - cabaran dalam pendidikan. Blog ini membincangkan isu dan cabaran pendidikan seperti globolisasi pendidikan, pengaruh perkembangan tekbologi maklumat dalam pendidikan dan gejala sosial.

Saturday, 7 March 2015

GEJALA SOSIAL



DEFINISI GEJALA SOSIAL
                Gejala sosial merupakan fenomena modenisasi dan kejutan budaya yang melanda golongan remaja dan belia. Gejala sosial adalah sesuatu yang merangkumi pelbagai tingkah laku negatif di dalam anggota masyarakat yang tidak memberikan faedah kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan oleh masyarakat.


PUNCA GEJALA SOSIAL



CONTOH KERATAN AKHBAR - MENGATASI MASALAH SOSIAL



PENGARUH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)


Definisi Teknologi
Teknologi merupakan alat untuk penyebaran maklumat, pengiklanan, pengangkutan dan sebagainya

Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) :
ž  Suasana lebih kondusif
ž  Mudah hasilkan bahan
ž  Kepelbagaian media
ž  Maklumat pelbagai

3 Asas Penting Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat :
ž  Berfungsi untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan  
     teknologi.
ž  Memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
ž  Proses berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

Perubahan Teknologi Maklumat:
ž  Kuasa penggerak
ž  Pelaksanaan
ž  Pemudahan bertindak
ž  Kaedah perubahan
ž Permulaan perubahan

Implikasi TMK Dalam Pendidikan :
ž   Penggunaan komputer dalam sistem organisasi yang mampu merubah cara kerja dan penyesuaian pekerja dengan sesuatu tugasan.
ž     Menjadikan sesuatu keputusan yang ingin dilaksanakan oleh organisasi menjadi lebih terancang dan telus terutama organisasi yang mempunyai maklumat yang banyak dan terdapat perkara kerahsian.
ž     Mampu untuk mengawal selia dengan lebih terancang dan tersusun tanpa wujud kekhilafan dalam perlaksanaannya.
ž    Kemampuan sistem komputer yang mempunyai internet dan perkembangan sistem komunikasi juga akan lebih menjurus kearah berkomunikasi secara interpersonal dan bukan secara bersemuka yang lazim dilaksanakan dalam organisasi.


Komputer Dalam Pendidikan :
ž             Pendidikan jarak Jauh
ž        Reformasi dalam pendidikan
ž        Mudah beri maklumbalas
ž        Sebagai bahan pengajaran   pembelajaran
ž        Alat komunikasi
ž        Memudahkan pemahaman


GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN



Definisi Globalisasi

Globalisasi merujuk kepada proses mengetepikan sekatan untuk mewujudkan dunia terbuka atau tanpa sempadan

Fungsi Utama Globalisasi Pendidikan :
Ø  Menghasilkan sumber-sumber yang diperlukan untuk pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat.
Ø  Proses berterusan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengalaman seseorang.

Langkah Positif  Untuk Menghadapi Cabaran Globalisasi Pendidikan:
 Menubuhkan Multimedia Super Corridor(MSC).
         Mengembangkan sekolah-sekolah bestari.
 • Mereformasikan kurikulum sekolah - menukar bahasa pengantar kepada Bahasa Inggeris dalam pembelajaran dan pengajaran Matematik dan Sains.
 •Memberi peluang untuk penubuhan kolej-universiti swasta dalam negeri (penswastaan pendidikan tinggi).

Dalam alaf baru, guru hendaklah bersifat dinamik.
Ø  Guru dinamik adalah guru yang sentiasa responsif dan berupaya menyesuaikan diri untuk menghadapi perubahan dari masa ke masa.
Ø  Guru dinamik sahaja dapat mengatasi cabaran baru yang sering timbul.
Ø  Hanya sekolah dinamik berkebolehan memainkan peranannya dengan berkesan demi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara.


ž  Kebanyakan kualiti kecekapan dan sahsiah serta kecerdasan emosi guru adalah hasiL daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan.
ž  Latihan ini termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran.


Ciri – Ciri Guru Dalam Cabaran Globalisasi Pendidikan :
1.Seorang yang beriltizam
Keterlibatan diri secara bersungguh-sungguh serta penuh dengan tanggungjawab dalam pelaksanaan tugasnya sebagai pendidik di sekolah.


2.Guru yang berorientasikan maklumat
      Bersungguh-sungguh mengejar maklumat-maklumat baru yang berkaitan dengan pendidikan melalui sebarang media.

3.Guru yang berwawasan
        Berpandangan jauh dan mempunyai visi yang berkaitan dengan perkembangan pendidikan, demi mencapai kecemerlangan pendidikan negara dalam alaf baru.

4.Guru perlu berpandangan global
       Melihat perspektif pendidikan bukan lagi terhad dalam negeri tetapi juga secara global, agar berjaya menangkis cabaran pendidikan yang berlaku dalam proses globalisasi yang kian meningkat.

5.Guru yang berpandangan positif
      Memperlihat reformasi dan inovasi pendidikan serta perubahan kurikulum dalam perspektif positif atau yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri, pelajar, masyarakat dan negara.

6. Berpengetahuan, fleksibel dan mudah menyesuaikan  diri dalam reformasi, inovasi dan perubahan pendidikan.
       Hendaklah menguasai kemahiran belajar untuk melengkapkan diri dengan ilmu kemahiran dan ilmu pengetahuan.
     Menyesuaikan diri dalam peranan dan tugas  baru dari semasa ke semasa serta dalam persekitaran sosial.

7. Mahir dalam teknologi pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran (p&p) 
       Membawa reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori pengajaran-pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentabiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru.

8. Membuat refleksi melalui penyelidikan tindakan
         Amat penting untuk peningkatan profesionalisme keguruan.
      Guru dapat menggunakan teori pengajaran dan pembelajaran untuk menilai kebaikan dan kelemahan pengajaran serta pembelajaran lalu membaiki dan mengubahsuai rancangan kaedah dan teknik mengajar ke arah meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah apabila menggunakan proses refleksi.

9. Merebut peluang pendidikan terbuka (open education)
       Pendidikan terbuka boleh diertikan sebagai pendidikan masyarakat atau aktiviti pendidikan di luar sekolah.
         Pendidikan jenis ini tidak perlu kelayakan akademik tinggi untuk didaftarkan sebagai pelajar.
      Segala aktiviti pendidikan boleh dijalankan di tempat-tempat bekerja atau dikelolakan oleh kerajaan, badan – badan berkanun atau pihak swasta di kebanyakan negara-negara maju.

10. Mewujudkan hubungan interpersonal secara sarwajagat untuk menghadapi cabaran globalisasi     pendidikan
Perkembangan kemajuan serta pembangunan negara Malaysia bergantung kepada kerjasama negara-negara antarabangsa.
Malaysia sejak awal pembentukannya pernah memainkan peranannya di arena antarabangsa dalam usaha menjamin keamanan, keadilan dan kesejahteraan untuk negara sendiri dan sejagat.

Isu – Isu Semasa dalam Globalisasi Pendidikan
      Impak globalisasi terhadap sektor pendidikan adalah seperti :
·         Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa.
·       Pendidikan di negara ini terbuka kepada dunia luar di mana universiti – universiti asing dibenarkan untuk menubuhkan cawangan mereka disini.
·         Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan meningkat apabila banyak kolej swasta dan universiti telah ditubuhkan.
·   Penekanan dalam penilaian dan penggunaan teknologi komunikasi maklumat (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran
·         Peranan guru dalam kelas lebih kepada pemudah cara.
·   Pembelajaran sepanjang hayat boleh dicapai dengan peluang pembelajaran yang  disediakan.
·     Perkongsian pengetahuan terutamanya penemuan baru hasil kajian yang dilakukan di seluruh dunia.

Isu – Isu Semasa dalam Globalisasi Pendidikan
Kesan globalisasi kepada pendidikan telah mencabar proses pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia kerana kita perlu menyesuaikan diri dan mengikuti trend di seluruh dunia supaya dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Cabaran – cabaran yang dihadapi adalah seperti :
  • ·         Keperluan untuk mengamalkan pembelajaran berterusan
  • ·         Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
  • ·         Pembangunan indentiti pelajar
  • ·         Kualiti guru
  • ·         Keperluan untuk mengubah kurikulum selaras dengan peluang globalisasi
  • ·         Sikap guru dalam pengajaran di zaman globalisasi
  • ·         Peningkatan dalam beban kerja
  • ·         Pengaruh negatif kepada indentiti pelajar


Cara – cara Menangani Globalisasi dalam Pendidikan
  1.     Pelajar perlu mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dan      pembelajaran  yang berterusan bagi membolehkan pelajar terus berada dalam    perubahan yang pesat ini.
  2. Guru perlu melengkapkan pelajar dengan keupayaan untuk berkomunikasi secara lisan    dalam bentuk bertulis dengan menggunakan bahasa antarabangsa.
  3. Pelajar perlu menguasai kemahiran TMK kerana TMK adalah satu bidang yang pesat berubah.
  4. Sekolah dan guru – guru perlu memastikan bahawa kurikulum masa kini membolejkan pelajar menguasai kemahiran kognitif yang berguna dalam menyelesaikan tugas –tugas  yang kompleks, mencabar, di samping menyelesaikan masalah serta menjana   pengetahuan baru untuk inovasi.
  5. Guru perlu menekankan aspek etika dan moral serta menyedari kesan negatif penggunaan  ICT dalam zaman globalisasi ini.